Resep Membuat Rendang Ayam Minang Kasturi

Bahan-bahan Rendang Ayam Minang Kasturi

  • 800 gr ayam kampung (dipotong sesuai selera)
  • 150 gr bawang merah (diblender)
  • 50 gr bawang putih (diblender)
  • 100 gr bawang bombai (diblender)
  • 20 gr kunyit (diblender)
  • 50 gr cabai rawit (diblender)
  • 20 gr serai
  • 10 gr bunga kantan
  • 30 gr daun mint (diiris)
  • 30 gr daun kunyit (diiris)
  • 10 gr daun pandan
  • 300 ml santan
  • 170 ml susu cair
  • 100 gr serundeng
  • 40 ml minyak sayur
  • Penyedap rasa
  • 50 gr minyak sapi
  • 5 gr serbuk kas-kas

Cara Memasak Rendang Ayam Minang Kasturi

  1. Panaskan kuali dengan minyak sapi dan minyak sayur. Masukkan bahan yang sudah diblender dan tumis hingga matang. Masukkan serai, daun pandan dan bunga kantan. Masukkan ayam dan campur hingga rata.
  2. Masak selama 10 - 15 menit dengan api yang besar. Masukkan santan, susu cair, serbuk kas-kas dan semua irisan daun.
  3. Adukkan ayam hingga rata. Campurkan serundeng dan penyedap rasa.
  4. Masak selama 15 menit lagi hingga ayam empuk atau matang. Hidangkan bersama lemang atau ketupat.

Menu Masakan Lainnya